Pages

Sunday, 4 September 2011

Q and A

Assalamu'alaikum..
 Pasai teman wat blog nih, maybe ada soalan2 yang terkeluor di hujung hati dan usus besar korang, ye dak? Maka untuk mengelak daripada diajukan soalan pelik2 daripada korang yang sememangnya takde hati dan perut (wargh! Mayat hidup!!), teman udah menyediakan jawapannyer… Sila hayati dan jangan  lupa baca Bismillah…

Bismillahirrahmanirrahim…

Q : Orait, first question eh.. Siapakah anda??

A : Apa ko tak reti baca dekat profile aq tuh?? Baca la wei.. guna la segala kemudahan yang ada.

Q :Hek eleh.. marah pulak, siram dengan kicap kang baru taw.. Ok, soalan 2, mengapa anda buat blog ini??

A : Haha, kome ni jenih suka baca blog orang, kome suka nak share cherita. Jadi dengan terang lagi bersuluh dah tentu la niat kome buat blog nie nak share citer ngan ngkome semua.

Q : Oh saya nampak.. (Oh I See ok? Jangan la wat tak paham gitu) Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.. Bagus2!! Now, kita BERPINDAH kepada soalan ke-3, apahal banyak sangat loghat dalam blog nih??

A : Bila masa lak aq pindah? Aku dok terpacak depan hang, hang wat tak nampak aq pulok ek..

Q : %#@$#%#!! (Menahan marah sampai terketar-ketar)

A : Wau.. ko berasap la!! Okey2, jangan hangin ngan aku, kan kemesraan terbit dengan gurauan? Jawapan untuk soalan hang tadi… Aq rasa, budak tadika pun tau yang negara kita Malaysia ini kaya dengan tukang duduk a.k.a penduduk, jadi takde la salahnya aku nak kenalkan loghat2 yang zahir kat Malaysia ni pada korang yang tak reti ni..

Q : Saya nampak lagi.. Baik, soalan yang ke-4, nape guna bahasa pasar?

A : Abes ko nak aq pakai bahasa jawa? Aq mana tau orang jawa pakai bahasa apa masa diorang kat pasar.Hahaha… Ce ko bayangkan kalo aq pakai bahasa baku, agak2 ko sanggup nak baca tak? Meh sini kita wat test..

          Malaysia merupakan negara yang aman dan damai. Negara yang kaya dengan penduduk yang berbilang kaum ini terletak di Asia Tenggara. Negara-negara yang menjadi jiran bagi Malaysia termasuklah Thailand, Indonesia, Brunei Darussalam, dan tidak lupa juga Negara Singapura. Bangsa-bangsa lazim yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India. Bangsa yang lain pula seperti Singh, Kadazan, Iban, dan lain-lain lagi.

    Haa… kan dah kena baca cam pembaca berita. Aq da agak dah, korang memang tak sanggup.. aku rasa korang baca perkataan Malaysia tu je dak?? Apa?? Bukan?? Dah la wei, berenti la mengelentong diri anda sendiri…


Q : Haihh.. letih la cakap ngan hang, ok la, soalan ter-AKHIR. Kalau aku cakap blog hang nie bughok, hodoh dan stok layak kena hack dek virus Trojan je, apa hang nak wat aku?? (Pergh!! Soalan berani meninggal!)

A : Sukati hang la.. mulut hang bukan tempayan. Kalau tempayan, memang aku dah humban dalam parit belakang rumah jiran bapak tiri laki mak sedara aku, tapi masalahnya mulut hang tu mulut! Lagi pon apa kuasa aku nak tutuh hang ye dak?? Cakap la apa korang nak cakap.. Yang penting, dosa pahala bukan di tangan korang.

Q : Ok la tuan2 dan phuan2.. sekian saja dari sya, Mr.Question!! Terima kasih la hang sudi menjawap soalan2 dari koi..

A : You’re welcome to the club! Love you all, I’m Mrs. Answer!!  

1 comments:

banat said...

Baru nak belaja nulih.. gitu la gayanya. ntah pape.

Post a Comment