Pages

Wednesday 4 April 2012

Stress

Assalamu'alaikum

Dah lama jari jemari saya tak menari atas keyboard nih. Tiba2 hari ni mereka rasa cam nak wat breakdance lak. Maka saya pun membiarkan sahaja mereka bertindak ikut suka mereka..

Okey2. Straight to the point. Enough merepek. Nak tanya, korang pernah rasa stress tak? Kalau korang kata tak, maka bersiap la untuk tumbuh sayap ke ekor ke bangun tidur besok, pasal setahu aku la, menatang je yang tak pernah stress nih pasal diorang hidup ikut fitrah. Jadi kalau korang pernah rasa, tahniah la kat korang. Ini membuktikan yang korang ni manusia yang normal.

Ok, stress pada BM nye ialah tertekan. mengikut kata pakcik wiki, stress ni adalah rasa ketegangan dan tekanan, rasa kebimbangan dan menjadi terharu, kerengsaan keseluruhan, rasa tidak selamat, ketakutan, pengeluaran kehilangan sosial, dan bla..bla..bla.. nak tau gi tanya mr. wiki ok? bapak panjang penjelasan dia. malas aku nak tulis.


Whatever it is, aku memang dislike perasaan nih. dislike 1000 kali. Rasanya kalau kat utube dah penuh dah line merah tu. Tapi sebenarnya tahukah kita, yang stress tu adalah satu ujian? especially untuk menguji sabar kita. kalau tak sabar, tu yang jadi kes terjun bangunan pasal pakwe lari tuh.


Masalah ngan kita memang sinonim. Biasa la.. Nama pun manusia. Tapi apa yang penting adalah macam mana cara kita berhadapan dengan masalah tu. Bijak ke tidak? kita atasi masalah tu dengan waras ke tak? hanya kita je yang tau camne nak uruskan diri kita.


Walau apapun, kita akan tumbang kalau kita tak memohon petunjuk daripada Yang Maha Esa. Jangan jadi si sombong, takde le pekdahnya..


Kuatkan diri, tingkatkan kualiti,
Yakinlah pada diri sendiri. huhu..


note: aku tulis pasal mende ni pasal aku tengah stress tahap karma hari ni. 
         Aduyai.. terseksa jiwa aku tau. haih~  dunia2.. memang mencabar.