Pages

Thursday 22 September 2011

Cintaku... Oh!





SAUJANA - NOTA CINTA


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri


Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga


Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya


Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta


Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah


(lirik dicopy dari LirikNasyid.com)




Minat sangat lagu nie dan lirik dier!
Ya Allah, kekalkanlah cinta di hati kami hanya untuk-Mu...
Amiin..

Sunday 18 September 2011

Persoalan di Hatiku

Assalamu'alaikum ngkorang sumer.. sihat dak? jawab dalam hati je la eh.. kalau korang cakap kuat2 pun bukannya aku dengor. so baik la korang simpan je air liur korang tu. kang nak pakai..


Berbalik semula pada tajuk atau tittle kite pada ini hari. Persoalan di hatiku.. antara persoalannya ialah, mengapa apabila disebut naik maksudnya mesti ke atas? mengapa pula bila disebut turun maksudnya mesti ke bawah? mengapa itik tak perlu diajar berenang? kenapa penyu comey sangat? mengapa aku mesti tanya mende2 pelik pada korang? mengapa bukan korang yang tanya pada aku? jawapannya mudah, sebab AKU TAK TAHU!!


Okey2.. kalau tu la mende yang buat sarang dalam kepala aku, rasanya baik korang tolong packingkan baju2 aku, anto aku gi wad psikiatri.. sesungguhnya itu lebih bagi korang, kawan2 korang, sedara2 korang, dan keluarga2 korang.. ok la, sebelum aku bagitau korang hamende yang menjadi question bagi aku, aku nak korang baca kejadian2 di bawoh ni dulu.. Dipersilakan..


Kejadian 1


   Seorang anak yang nak pergi sekolah menunggu bapaknya yang sedang bersiap nak gi keje. bapak dier yang hantar die gi sekolah.. si anak punya la excited nak gi sekolah, pukul 6.50 pagi dah menunggu ayahnya yang tercinta di ruang tamu.. masa berlalu, pukul 6.55, 7.05, 7.07 pagi.. si anak tetap menunggu dengan sabar walaupun rasa gundah gulana telah pun mula membuat sarang di dada.


Anak : (mengetuk pintu bilik ayahnya) Ayah.. ayah.. adik dah lewat ni.


Ayah : (dari dalam bilik) sekejap!!..


    Si anak menunggu lagi. Namun akhirnya kesabarannya memuncak sehingga menyebabkan dia hampir lemas! Si anak lalu mengalirkan air matanya.. dier begitu takut di kategorikan sebagai pelajar yang lewat yang mana kalau guru disiplin tau, bapak dia gak yang kena!! Semakin lama air matanya semakin menderas.
7.20 pagi, baru la si bapak keluar dari biliknya. Si anak pantas menelan air matanya kerana tidak mahu ayahnya tau yang dia menangis. Tapi si ayah bagai dapat membaca hati dan perasaan anaknya, terus naik berang. Lalu dijerkahnya budak kecik tu sambil dimaki-makinya. (Ceh, apa ni??) Si bapak mengamuk mengatakan anaknya tu tak reti sabar la.. mengada-ngada la.. gedik la.. lewat sikit pun tak boleh.. seolah-olah tiada langsung kesalahan pada diri dia. Padahal dia yang lambat! Bebel punya bebel, hampir pukul 7.30 pagi, baru la budak tu dihantar ke sekolah...


Kejadian 2 (keluarga yang sama)


    Si bapak sedang duduk di ruang tamu, menunggu anaknya yang tengah bersia-siap untuk pergi ke bandar bersama-sama. Namun, si anak mengambil masa yang tersangat lama untuk bersiap seolah-olah menganyam ketupat lagi cepat. Si ayah mula hot, bila si anak keluar dari bilik, si ayah terus menjerkahnya dan memaki-makinya. antara soalan yang diterjah kepada budak kecik tu ialah, kenapa lambat sangat?!! kamu tinggal la! mengada-ngada.. bla3.. padahal masa kejadian satu tu dia lambat dia tak sedor!


PERSOALAN AKU IALAH?


Aku bukan nak cakap pasal bapak budak dalam cite kat atas nie sebenarnya. dyorang ni hanyalah pelakon yang aku bayar gaji RM2.50 sorang untuk cite yang berasal dari kepala hotak aku nih. tak yah pedulikan dyorang. aku tau korang memang menyumpah seranah bapak si budak kecik kat atas tu. Sabo2.. bawak bertenang. Jangan hangin! 


Soalan aku ialah, kenapa dalam banyak-banyak keadaan, manusia susah nak menyalahkan dirinya sendiri? Kenapa susah sangat nak mengucapkan, "Mintak maaf" atau kalau nak london sangat, cakap je la "I'm sorry you..". mungkin korang juga pernah bertindak macam bapak budak kecik dalam kejadian kat atas tu kan? Termasuk aku. Pernah tak kita terfikir yang kadangkala mende tu memang salahnya dari kita sendiri tapi kita tetap gak nak meletakkan kesalahan tu kat orang lain. seolah-olah kita je la yang benarnye dalam dunia yang fana dan akan musnah nih. Fikirkan dan dalamikan. Macam mana agaknya kalau kita sendiri berada dalam situasi budak kecik dalam citer aku tadi tu? Awal sangat kena marah.. lambat sangat lagi la kena marah..
Renungkan la.. kalau kita tak nak orang lain wat mende tak elok kat kita, kita jangan la wat mende tak elok kat orang lain.

Thursday 15 September 2011

Aku Rasa..

tittle hamende nih? x pe2.. takde hal pun, pasal hari ni aku memang nak cite pasal diri sendiri. Hari nie aku rasa... BOSAN!! a'id marratan saniah, BOSAAANN!!! peh, pertama kali datang sekolah tak wat mende2 dari pagi sampai balik (first time ke?boka nie..). nasib baik diizinkan kepada kami dax form 4 yang asyek merayap dan mengelewor kat sekolah ni untuk balik awal. agaknya cikgu pun dah naik tensen tengok kitorang yang hilang arah tuju dan matlamat sejak syafawi Al-Qur'an ari tuh. ok la,berikut adalah aktiviti aku ari nih..


7.20 pagi : assembly jap.. da angkat tangan, jatuh, pas baca doa, baca YaSiin reramai..


7.50 pagi : masok kelas dengan gaya orang yang tak bertamadun.. main lari2 dari pengawas. boleh diibaratkan seperti kambing hilang gigi. (Apa aku merepek nih? bukti orang yang tengah bosan..)


8.00 pagi : Sedang menginap dalam kelas.. bermula la aktiviti keboringan, borak borak borak borak borak dan terus memborak..


9.25 pagi : Siti pun berbunyik.. "weh, jom la gi rehat.." maka kitorang yang tak sampai 10 kerat ni pun membalas dengan bunyik yang hampa lagi kuciwa.. "baru kol 9.30 la weh.."


9.30 pagi : sambung borak..


9.37 pagi : aku, siti and weena mengambil keputusan drastik untuk tetap meneruskan hajat (makan) di kantin. kitorang pun kuar..


9.40 pagi : sampai kat kantin tapi takut nak menjamu selera sebab sumer yang ada kat situ adalah sensei and no single sight of pelajar..(grammar bertabur) dek kerana takut wal segan, kitorang pon menapak ke surau meninggalkan kantin sekolah yang menjanjikan 1001 kegembiraan bagi perut2 yang tengah kebulor cam kitorang.


9.45 pagi : masih di surau. menanti manusia2 yang berani menapak ke kantin walaupun masa tu bukan waktu rehat.


9.50 pagi : gi kantin pasai nampak ada manusia2 berani. jadi kitorang pun teringin gak nak tunjuk baguih nye..


9.52 pagi : selamat sampai kantin, terus beli nasik. pas makan nasik, gi beli kuih lak.. (makan tak ingat dunia) pastu masuk kelas semula..


10.00 pagi : borak borak borak borak borak tido..


12.00 tgh hari : time aku tengah sedap beradu, ada sorang pengawas ni datang membawa khabar gumbira, "cikgu cakap dax form 4 bleh balik sekarang". Kitorang tanpa segan silu terus menjerit bagai histeria kerana terlalu excited sehingga menyebabkan pengawas yang menyampaikan berita tu tadi segera beredar.


12.03 tgh hari : kemas2 barang..salam2 jap, balik..


12.50 tgh hari : sampai rumah, tido..(haih.. tido sokmo!)




kalau korang perasan la kan, hari ni aku memang banyak buang masa dak? tapi aku tau korang memang jenis yang mudah perasan. perasan hensem.. perasan lawa. haha..agak2 kalu ngafal masa free tu, leh je masuk 1 buku or at least 1 baris ayat kan?.kalau tak nak ngafal pun, buat keje skola ke..bersihkan kelas ker,, tapi mengapa aku memilih untuk membuang masa?? MENGAPAA??! MENGAPAA???!!!
Adoyai.. sendiri mau ingat la.. nak Mumtaz SMA ke idak?


Firman Allah S.W.T yang bermaksud :


Demi masa. (1) Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran (3)

Saturday 10 September 2011

Ini ada satu cerita.. Mau baca??

Satu hari yang suam2 gigit kuku, berjalan la Lee Dee (orang Melayu ek) menghirup angin sambil menghirup aiskrim soda. Sambil2 tu dia menyumbangkan suaranya yang memang sumbang menyanyi kan lagu top dalam carta nasyid (bagi koi)

LD : ketika hidupku tertekan.. mengaburi pedoman.. kepada-Nya akan ku pergi untuk mencari bimbingan.. (lirik lagu IM 1) Uikk?? Tu cam Kentang.

Lalu berjalan la si Lee Dee kearah kawannya, Kentang yang sedang duduk bersimpuh di tepi parit sambil wajah yang mencuka bak cuka.

LD : Salam kawan!! Larh.. kau rupanya Kent! Pekehal nye keme dok kat tepi parit cam orang hilang pen nih??!

Kent : Wassalam.. oo, ekau rupanya Lee.. buek den terperanjat jer..

LD : Kau apsal?? Cam serbuk soda je aku tengok muka kau nih. (sambil m’hirup air aiskrim soda nyer) Awatnya muka kau ketat sangat?

Kent : (Sambil mengeluarkan air mata jantannyer) Uhuk~  Sesungguhnya aku menghadapi ujian yang berat sekarang..uhuk uhuk

LD : Woit, simpan la air mata kau tu.bughok nak mati orang lelaki menangis. Kitakan guys.. Haa, ujian amende yang ko tengah hadapi nih? Ujian syafawi ke ujian bertulis? Berapa peratus ko dapat? Ce citer..

Kent : Ko jangan nak buek lawak la!! Aku jentik oesophagus ko kang! Loyar bughok tul..

LD : Oh ok sorry2.. (dalam hati: sape yang loyar bughok skang nih???)ok la, aku tak memain..


Kent : tolong la.. bagi aku sedikit renungan jiwa dan raga, aku tensen nih!!!

LD : Oh, renungan jiwa raga eh?? Ok, serahkan pada penyelamat bumi..BoboiBoy! Heheh, gurau2..jangan la marah. Nanti tak cute.

Kent : …………..

LD : Sebenornya setiap hamba Allah memang akan ditimpa ujian.. tak kira la besor, kecik.. bergantung pada keimanan dan daya dier. Maksudnya boleh tak hamba Allah itu menanggung ujian tuh. Bila semakin berat ujian yang dihadapi, maksudnya Allah memang tau yang kita mampu hadapi ujian tu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan kemampuan setiap hamba-Nya.

Kent : Jadi maksud ko semakin kuat keimanan seseorang tuh, semakin berat la ujian yang dia dapat?

LD : Yup, ko tau tak? Nabi dan Rasul merupakan golongan yang mendapat ujian yang hebat2.. tapi tu sumer tak melemahkan keimanan mereka, bahkan menambahkan lagi keimanan mereka pada Allah..

Kent : Jadi ujian bukan la satu beban, tapi satu peluang untuk kita tambahkan keimanan kita!

LD : Pandai pun ko, selain tu gak, ujian mengajar kita supaya bawak banyak2 bersabor, jangan main redah dan terjah ikut sukati aje..

Kent : Gitu.. aku dah faham! Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dan Maha Pengasih.. terima kasih ya Allah.. baru hamba-Mu ini sedar betapa kerdilnya diri ini disisi-Mu..

LD : (Tersenyum from ear to ear) Terbaikk la ko! Aku saayang mu!! Eh jap, tapi ape kebendanya ujian yang ko tengah hadapi sebenornya nih? Ko tak citer pon lagi kat aku.

Kent : Ohh.. awatnya idok menanye?? Ok2.. den citer..

LD : (dalam hati: rasa cam da tanya.. lantak ko la..)

Kent : Gini.. ko tau kan aku ada tanam pisang emas kat belakang ghumah aku, ari tu pisang aku tu berbuah..

LD : larh ko nie.. tu kan rezeki namanya, apsal lak ko kata tu satu ujian??

Kent : Weh sabo la.. aku tak abeh citer lagi ni. Do not interrupt!

LD : ok2..

Kent : Pisang aku yang cute tu melambai-lambai pada aku dengan manjanya menjemput perut aku yang tengah kebulor ari tuh. Jadi aku tanpa segan silu mahupun malu pergi la tarik setandan pisang tu..pastu aku pun makan la..

LD : Ooo.. sedap ko ya? Makan tak ajak orang sekaki dan dua kaki. Habeh, ko da makan pisang tu, apa masalahnyer??

Kent : Masalahnya pisang aku tu da tak berbuah dah lepas tu ! Puas aku tunggu pisang emas aku tu berbuah balik. Aku siap buat pondok lagi bawah pokok pisang tu main pondok2 sementara nak nunggu pokok pisang tu berbuah. Tapi da dekat sebulan aku main pondok2 bawah pokok tu, dier tak berbuah2 gak! Siap mati lagi tu!! Tu yang aku sedey sangat nih..

LD : #$%#@$@#*% (Apa kena ‘pandai’ sangat kawan aku sorang nih?!! Ya Allah, ssesungguhnya sahabatku yang sorang ni adalah UJIAN untuk aku, sabarkan la aku menghadapi dier ni Ya Allah..)

Kent : Amacam?? Sedey kan citer aku? Tapi tak pe, thanks la kat ko, aku da bersemangat balik! Balik nanti, aku nak tebang pokok pisang emas aku tu, aku nak tanam yang baru! Haha.. cute kan aku?

LD : ye la..(senyum ketat) ko je la yang cute nye..


Pandai2 la carik lesson dalam citer di atas yek.. thanks pasal ngkorang sanggup baca citer aku yang panjang lebar tak ingat dunia ni.. takpe2, kiter ingat akhirat..

Ok Salam..

Thursday 8 September 2011

Cerucuk yang dicucuk

Salam n Well Come3…
 
Hari ni nak citer sket. Bleh tak?? Hah, cam la den kesah kalau korang kata tak boleh pun.. sikit pun tarak peduli maa..hahaha

Baik la student2 sekalian, kali ni kita bukak topic pengetahuan am. Sila bukak mata, bukak hidung, dan yang pasti jangan bukak mulut.kang lalat masuk.

Ok, pernah tak ngkome sumer dengar atau tau perkataan yang berbunyik cerucuk bangunan?? Heh, konfem la ngkome tak tau. Jadi sila ambik tau di sini ek? Ei tapi den wat nie bukan nak m’kerek ya cik mukminah? Tiada lah niat di hatiku mahu berlagak dengan sesapa pun terutamanya hang. Hangatnya Raya Di Hatiku.

Cerucuk bangunan ni ghupenyer cam batang besi, bukan cam batang aiskrim Solero ya tuan2?cam tiang pun ada gak.yang penting bukan tiang bendera sekolah heriah. Kegunaannya lak adalah untuk mengukuhkan sesebuah bangunan yang dibangun di bandar yang membangun. Taklah, kalau bangunan tu kat kampong Wah Fatimah nagan Wah WeeChul sekalipun kena pakai cerucuk gak. Camne ghupenye cerucuk ni?? roll image!


   


Cerucuk ni kalau dinisbahkan pada badan manusia cam tulang belakang atau bahasa saintifiknya vertebrate.(Aq rasa la, tak gitu nek sihir nona oi??) jadi bila manusia takde tulang belakang, cuba la bayangkan apa yang bakal berlaku. Terseret la ngkome sepanjang jalan . tu pun kalau hidup lagi.. maka dengan automatiknya bila dinisbahkan balik pada bangunan tadi, kalau takde cerucuk, alamat tumbangla deme.

Apa yang pentingnya cerucuk bangunan nih sebenornya cikgu? Apa yang che gu cuba nak sampaikan sebenarnya nie??

Ishh.. budak ni. pukui kang. Menyampuk lak. Student2 sekalian, apa yang che gu cuba nak sampaikan hari nih ialah, ce ngkome nisbahkan cerucuk tu dengan iman dalam hati kita.untuk mengukuhkan sebuah jiwa seorang hamba, keimanan yang kuat perlu ditanam sedalam yang mungkin sebagai tiang untuk menyangga. Betul kan? Betul3!! (tiru upin ipin). Mak che gu cakap, semakin tinggi sesebuah bangunan, semakin dalam la cerucuk dicucuk dalam tanah untuk memastikan keteguhan bangunan yang bila gempa bumi memang tetap jatuh punya. Tapi nie bukan la bemaksud makin tinggi seseorang, makin kuat iman dia. Iman tak mengire panjang pendek tinggi lebar ye ngkome sumer? Dan iman gak boleh goyah kalau dilanda anasir2 luar. Jadi apa yang perlu kita wat ialah mantopkan hati+iman sampai anasir2 luar tu tak leh nak goyahkan kita yang sama la cam bangunan tuh. Ada paham sumer??

Paham che gu!!

Ps: peringatan juga wat diriku yang dhaif, hina dan dina nie.. kuatkan la iman dalam diri kita.semoga kita terselamat di dunia wal akhirat.. may Allah Bless All of Us
Amin..

Sunday 4 September 2011

Q and A

Assalamu'alaikum..
 Pasai teman wat blog nih, maybe ada soalan2 yang terkeluor di hujung hati dan usus besar korang, ye dak? Maka untuk mengelak daripada diajukan soalan pelik2 daripada korang yang sememangnya takde hati dan perut (wargh! Mayat hidup!!), teman udah menyediakan jawapannyer… Sila hayati dan jangan  lupa baca Bismillah…

Bismillahirrahmanirrahim…

Q : Orait, first question eh.. Siapakah anda??

A : Apa ko tak reti baca dekat profile aq tuh?? Baca la wei.. guna la segala kemudahan yang ada.

Q :Hek eleh.. marah pulak, siram dengan kicap kang baru taw.. Ok, soalan 2, mengapa anda buat blog ini??

A : Haha, kome ni jenih suka baca blog orang, kome suka nak share cherita. Jadi dengan terang lagi bersuluh dah tentu la niat kome buat blog nie nak share citer ngan ngkome semua.

Q : Oh saya nampak.. (Oh I See ok? Jangan la wat tak paham gitu) Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.. Bagus2!! Now, kita BERPINDAH kepada soalan ke-3, apahal banyak sangat loghat dalam blog nih??

A : Bila masa lak aq pindah? Aku dok terpacak depan hang, hang wat tak nampak aq pulok ek..

Q : %#@$#%#!! (Menahan marah sampai terketar-ketar)

A : Wau.. ko berasap la!! Okey2, jangan hangin ngan aku, kan kemesraan terbit dengan gurauan? Jawapan untuk soalan hang tadi… Aq rasa, budak tadika pun tau yang negara kita Malaysia ini kaya dengan tukang duduk a.k.a penduduk, jadi takde la salahnya aku nak kenalkan loghat2 yang zahir kat Malaysia ni pada korang yang tak reti ni..

Q : Saya nampak lagi.. Baik, soalan yang ke-4, nape guna bahasa pasar?

A : Abes ko nak aq pakai bahasa jawa? Aq mana tau orang jawa pakai bahasa apa masa diorang kat pasar.Hahaha… Ce ko bayangkan kalo aq pakai bahasa baku, agak2 ko sanggup nak baca tak? Meh sini kita wat test..

          Malaysia merupakan negara yang aman dan damai. Negara yang kaya dengan penduduk yang berbilang kaum ini terletak di Asia Tenggara. Negara-negara yang menjadi jiran bagi Malaysia termasuklah Thailand, Indonesia, Brunei Darussalam, dan tidak lupa juga Negara Singapura. Bangsa-bangsa lazim yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India. Bangsa yang lain pula seperti Singh, Kadazan, Iban, dan lain-lain lagi.

    Haa… kan dah kena baca cam pembaca berita. Aq da agak dah, korang memang tak sanggup.. aku rasa korang baca perkataan Malaysia tu je dak?? Apa?? Bukan?? Dah la wei, berenti la mengelentong diri anda sendiri…


Q : Haihh.. letih la cakap ngan hang, ok la, soalan ter-AKHIR. Kalau aku cakap blog hang nie bughok, hodoh dan stok layak kena hack dek virus Trojan je, apa hang nak wat aku?? (Pergh!! Soalan berani meninggal!)

A : Sukati hang la.. mulut hang bukan tempayan. Kalau tempayan, memang aku dah humban dalam parit belakang rumah jiran bapak tiri laki mak sedara aku, tapi masalahnya mulut hang tu mulut! Lagi pon apa kuasa aku nak tutuh hang ye dak?? Cakap la apa korang nak cakap.. Yang penting, dosa pahala bukan di tangan korang.

Q : Ok la tuan2 dan phuan2.. sekian saja dari sya, Mr.Question!! Terima kasih la hang sudi menjawap soalan2 dari koi..

A : You’re welcome to the club! Love you all, I’m Mrs. Answer!!