Pages

Sunday, 18 September 2011

Persoalan di Hatiku

Assalamu'alaikum ngkorang sumer.. sihat dak? jawab dalam hati je la eh.. kalau korang cakap kuat2 pun bukannya aku dengor. so baik la korang simpan je air liur korang tu. kang nak pakai..


Berbalik semula pada tajuk atau tittle kite pada ini hari. Persoalan di hatiku.. antara persoalannya ialah, mengapa apabila disebut naik maksudnya mesti ke atas? mengapa pula bila disebut turun maksudnya mesti ke bawah? mengapa itik tak perlu diajar berenang? kenapa penyu comey sangat? mengapa aku mesti tanya mende2 pelik pada korang? mengapa bukan korang yang tanya pada aku? jawapannya mudah, sebab AKU TAK TAHU!!


Okey2.. kalau tu la mende yang buat sarang dalam kepala aku, rasanya baik korang tolong packingkan baju2 aku, anto aku gi wad psikiatri.. sesungguhnya itu lebih bagi korang, kawan2 korang, sedara2 korang, dan keluarga2 korang.. ok la, sebelum aku bagitau korang hamende yang menjadi question bagi aku, aku nak korang baca kejadian2 di bawoh ni dulu.. Dipersilakan..


Kejadian 1


   Seorang anak yang nak pergi sekolah menunggu bapaknya yang sedang bersiap nak gi keje. bapak dier yang hantar die gi sekolah.. si anak punya la excited nak gi sekolah, pukul 6.50 pagi dah menunggu ayahnya yang tercinta di ruang tamu.. masa berlalu, pukul 6.55, 7.05, 7.07 pagi.. si anak tetap menunggu dengan sabar walaupun rasa gundah gulana telah pun mula membuat sarang di dada.


Anak : (mengetuk pintu bilik ayahnya) Ayah.. ayah.. adik dah lewat ni.


Ayah : (dari dalam bilik) sekejap!!..


    Si anak menunggu lagi. Namun akhirnya kesabarannya memuncak sehingga menyebabkan dia hampir lemas! Si anak lalu mengalirkan air matanya.. dier begitu takut di kategorikan sebagai pelajar yang lewat yang mana kalau guru disiplin tau, bapak dia gak yang kena!! Semakin lama air matanya semakin menderas.
7.20 pagi, baru la si bapak keluar dari biliknya. Si anak pantas menelan air matanya kerana tidak mahu ayahnya tau yang dia menangis. Tapi si ayah bagai dapat membaca hati dan perasaan anaknya, terus naik berang. Lalu dijerkahnya budak kecik tu sambil dimaki-makinya. (Ceh, apa ni??) Si bapak mengamuk mengatakan anaknya tu tak reti sabar la.. mengada-ngada la.. gedik la.. lewat sikit pun tak boleh.. seolah-olah tiada langsung kesalahan pada diri dia. Padahal dia yang lambat! Bebel punya bebel, hampir pukul 7.30 pagi, baru la budak tu dihantar ke sekolah...


Kejadian 2 (keluarga yang sama)


    Si bapak sedang duduk di ruang tamu, menunggu anaknya yang tengah bersia-siap untuk pergi ke bandar bersama-sama. Namun, si anak mengambil masa yang tersangat lama untuk bersiap seolah-olah menganyam ketupat lagi cepat. Si ayah mula hot, bila si anak keluar dari bilik, si ayah terus menjerkahnya dan memaki-makinya. antara soalan yang diterjah kepada budak kecik tu ialah, kenapa lambat sangat?!! kamu tinggal la! mengada-ngada.. bla3.. padahal masa kejadian satu tu dia lambat dia tak sedor!


PERSOALAN AKU IALAH?


Aku bukan nak cakap pasal bapak budak dalam cite kat atas nie sebenarnya. dyorang ni hanyalah pelakon yang aku bayar gaji RM2.50 sorang untuk cite yang berasal dari kepala hotak aku nih. tak yah pedulikan dyorang. aku tau korang memang menyumpah seranah bapak si budak kecik kat atas tu. Sabo2.. bawak bertenang. Jangan hangin! 


Soalan aku ialah, kenapa dalam banyak-banyak keadaan, manusia susah nak menyalahkan dirinya sendiri? Kenapa susah sangat nak mengucapkan, "Mintak maaf" atau kalau nak london sangat, cakap je la "I'm sorry you..". mungkin korang juga pernah bertindak macam bapak budak kecik dalam kejadian kat atas tu kan? Termasuk aku. Pernah tak kita terfikir yang kadangkala mende tu memang salahnya dari kita sendiri tapi kita tetap gak nak meletakkan kesalahan tu kat orang lain. seolah-olah kita je la yang benarnye dalam dunia yang fana dan akan musnah nih. Fikirkan dan dalamikan. Macam mana agaknya kalau kita sendiri berada dalam situasi budak kecik dalam citer aku tadi tu? Awal sangat kena marah.. lambat sangat lagi la kena marah..
Renungkan la.. kalau kita tak nak orang lain wat mende tak elok kat kita, kita jangan la wat mende tak elok kat orang lain.

0 comments:

Post a Comment