Pages

Wednesday, 7 December 2011

Sedih.. Manusia, mengapa terlalu cintakan hiburan??

Bismillah. Assalamu'alaikum..

Dah lama betul aku tak post apa-apa kat sini. Sebenornya aku tak tau nak tulis mende. Jadi aku biar je la blog ni berhabuk. Alaa.. berhabuk sikit. Apa salahnya, kan?

Aku sekarang kat Subang Jaya. Escort mak aku merangkap assistant peribadi dia menjayakan projek kekacangan. Haha.. Masa mak aku shooting, aku memang bosan giler! Tak tau nak wat mende. Jadi aku main laptop a.k.a internet jer la..

Disebabkan aku ni termasuk dalam golongan orang yang takde facebook, aku bukak la fb pakai nama mak aku. Mengusyar wall orang lain. Macam-macam wall aku bukak. Wall imam muda tah berapa kali aku tekan. Minat punya pasal.. Blog pun tak tersisih gak. Memang aku bukak punyer selain membukak youtube (apa aku cakap ni)

Tapi dalam banyak-banyak wall yang aku bukak tu, ada satu ni yang mengejutkan aku. Sangat mengejutkan! Terkesima aku dibuatnya. Wall tu link ke satu blog. Blog sape ntah aku tak kenal lak. Ni aku nak cerita amende yang aku jumpa kat blog tu.

Admin blog tu post satu entry yang memang HOT. Terbakar! Dia bagitau pasal dia ni kpop haters or anti kpop dengan ayat yang sungguh 'bombastic'! . Aku sebenarnya tabik gak ngan dia ni. Berani betul dia menzahirkan rasa tak suka dia pada sesuatu yang memang tengah jadi fenomena hangat sekarang yang mengalahkan kes buang anak. Tengok je la kat dalam surat khabar tu.. Kes buang anak yang dilaporkan makin meningkat pun keluar berita kecik-kecik je. Tapi kalau bahagian artis luar negara tu, fuh!! Faham-faham je la. Ye la kan.. sape peduli?? We want kpop!!


Oit!! nampaknya aku ni dah tersasar. aku bukan nak citer pasal entry tu sebenarnya. Hak masing-masing la kan nak suka kat sesuatu ke tak. Tapi kalau aku tak citer, confirm korang tak tau hujung pangkal. jadi terpaksa la citerkan gak..

aku sebenarnya terkezut dengan komen-komen kat bawah tu. Gila ramai orang kutuk dia! Bukan kutuk biasa-biasa, siap maki hamun lagi. Habis semua binatang haram, mende haram, dan sesuatu yang tak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang bergelar MUSLIM keluar. Aku rasa macam berada kat dunia lain kejap. Malaysia ke nie? Sebuah negara yang digelar negara Islam..?

Ada certain-certain person tu siap kata kau Muslim, jangan la kutuk-kutuk orang, tapi di pengakhiran komen tu taruk f**k and macam-macam. Jadi aku pelik, bukan ke dia kata jangan kutuk-kutuk orang tadi? Huh, ni la yang orang kata 'cakap tak serupa bikin'.

Kesal. Aku kesal ngan sikap diorang yang mengomen kat entry blog tu. Dahsyat! Nak minat sesuatu boleh, tapi jangan la sampai taksub. Admin tu kutuk kat blog dia kot. Aku rasa tak perlu la nak menyumpah seranah kalau korang menyampah pun. Korang gak yang cakap, tak suka duk diam-diam. Habis apa kejadahnya mencarut kat blog dia??

Bila Islam dihina, diperkecilkan, ciput je orang yang kutuk perbuatan tu. Tapi bila orang kutuk kpop, aduh, rasa bergoncang dunia. Kenapa macam tu? Kenapa orang lagi marah bila ada yang kutuk bintang, bulan pujaan dia tapi senyap lak bila orang hina agama dia? majoriti orang yang mengomen kat blog tu orang melayu yang semestinya menganut agama Islam. Pelik aku. Kpop lebih muliakah berbanding agama Islam? Aku betul-betul tak puas hati!! tak puas hati!!

Kepada sesiapa yang terbaca entry aku ni, renung-renungkan.. Ya, aku juga tidak sempurna. Tiada siapa yang tak pernah melakukan kesalahan. Tapi patutkah kesalahan itu ditegur dengan carutan dan caci maki? Islam mengajar kita menegur dengan berhikmah, lembut, dan sabar. Kena ingat! Dan kalau ada yang terasa, aku mintak maaf banyak-banyak. Tapi bagus la kalau terasa, tu bermaksud korang sedar gak kan silap korang tu.

Rasanya tu je yang aku nak bebelkan. Sori aku agak emosional. And untuk pengetahuan korang, aku bukan lah orang yang benci kpop ek. suka gak la walaupun sikit-sikit.. aku lagi minat imam muda. =) Hohoho~ Jangan nak hentam aku lak lepas nie.. aku tak kutuk kpop korang.

Ps: aku baru tau yang blog tu rupanya orang lain punya tapi orang ngade tu pakai nama n gambar sorang hamba Allah ni. Tak pasal-pasal si hamba Allah yang tak tau apa-apa tu kena serang. Kes penganiayaan la ni.. Ish3.. Kesian..

Saturday, 5 November 2011

Zaman Anak-anak Aku...

What the..? Aku kawen pun idak lagi..Haha. Actually, it's zaman kanak-kanak aku ep.. Kesilapan yang disengajakan. Huhu..


Sebelum tu, assalamu'alaikum korang!


 Masa tu, umur aku cam lebih kurang 6 tahun. Entah aku pun tak ingat.. Tapi yang pasti aku bersekolah di sebuah tadika yang diberi nama Pasti Ibnu Sina. Pasti seronok belajar di sana~


 Aku ingat lagi, masa kat tadika tu, mak aku selalu hantar aku ngan abang2 aku ngaji kat situ. Aku belajar belah pagi, mengaji belah petang. Memang jadi budak yang 'rajin' la.. Lepas disuruh. Macam pahat..


 Satu hari tu, aku tak ingat sebab apa, tapi rasanya mak aku ada hal. Jadi dia letak aku kat tadika tu dari pagi sampai la petang waktu nak ngaji. Selalunya, lepas habis waktu belajar belah pagi tu, aku balik rumah dulu.. Menyiapkan diri.. makan2, pastu baru pergi tadika tu balik. Jadi hari tu lepas dah habis waktu sekolah aku stay la kat tadika. Tapi aku tak ingat lak, apasal abang2 aku takde ek? Ke mana ghaibnya diorang?? Biaq pi..


 Disebabkan aku dok sorang je melangut kat tadika menunggu kawan2 aku datang balik untuk ngaji, cikgu pun biar je la.. Tapi yang pasti pintu dikunci. Mana la tau kot ada kidnapper datang ke..Haha. Kat tadika aku tu memang ada sorang cikgu yang setia menanti.. dia menginap kat situ lagi. Cikgu pun cakap la kat aku.. "Nanti dalam pukul 2.30 awak bukak pintu ye.." Sebab waktu mengaji start pukul 3. Aku pun kata, "Ok..".


 Tengah2 melangut, tak sedar dah dekat pukul 2. Sayup2 kedengaran bunyi basikal tua.. rupa-rupanya, kengkawan aku datang dah! Bapak express diorang ni, pukul 3 start ngaji, pukul 2 dah datang! Memang pelajar yang soleh dan solehah semuanya walaupun ada niat di hati nak cite tentang power rangers. Wawawa..Tokok tambah saje.. Niat di hati, siapa la yang tau, kan..?


 Tapi aku ni lak jenis sami'na wa 'ata'na, aku tak bukak pun pintu untuk diorang.. Kenapa? Sebab cikgu kan pesan bukak pukul 2.30, so belum sampai 2.30 lagi, aku pun biarkan je la diorang tu kat luar.. Haha, tu la, sape suruh datang awal sangat. Dah berbuih dah mulut diorang mintak aku bukak pintu, pasal pintu tu jenis sliding door jadi jelas la kelihatan aku kat dalamnya. Tapi aku cakap, cikgu tak bagi.. jadi aku takleh la nak bukak suka hati je. Oh lupa lak nak kasi tau, cikgu aku gi solat zohor waktu tu. Jadi dia memang tak tau adegan yang tengah dipersembahkan oleh aku sama kawan2 aku yang meringkuk kat luar.


 Last2 kawan-kawan aku ni dah give up nak suruh aku bukak pintu.. Diorang dengan rela paksanya duduk je la kat luar tu menanti pintu dibuka. 2.20 petang.. Cikgu yang dah siap solat zohor pun menjengah ke ruang tamu.. Aku pun cakap la, "Cikgu, dah ada yang datang.". Cikgu pun kata, "La.. kenapa awak tak bukak pintu?" tanyanya lau terus membukak pintu untuk membenarkan kawan2 yang aku kurung kat luar tadi masuk. Aku pun senyap je la.. Rasa bersalah dan keliru bercampur-baur. Kan ke cikgu suruh bukak pukul 2.30 tadi..? Belum 2.30, jadi saya tak bukak la.. 


 Haha.. bila aku ingat balik semua ni aku rasa, "Apsal la lembab sangat aku ni?". Biasa la.. budak tadika. Otak pun kecik lagi.. Tapi pelik kan, kenapa semakin dewasanya kita, semakin kita susah nak nak dengar arahan orang? Tau nya nak melawan je.. Mangsanya dah tentu la mak bapak ngan cikgu2, kan? Kadang2 aku pikir yang budak tadika ni memang lebih mulia daripada kita yang dah akil baligh ni.. Walaupun otak dia kecik, setidak-tidaknya dia sami'na wa'ata'na (kami dengar dan kami taat)...
Kan kan kan?

Monday, 31 October 2011

Marilah Kita Bersyukur!

Salam alaikum..

Kenapa kita perlu bersyukur? Di bawah ni adalah antara statement-statement yang mentraffic dalam kepala aku. Moga menjadi satu motivasi (ayat skema) buat kita belaka..


1. Bersyukurlah kita kerana kita dilahirkan sebagai manusia.

2. Bersyukurlah kita kerana kita dilahirkan sebagai seorang MUSLIM.

3. Bersyukurlah kita kerana kita adalah seorang manusia yang sempurna, cukup sifat walaupun takde rupa.(Ceh, ada apa pada rupa?)

4. Bersyukurlah kita kerana kita dilahirkan di Malaysia. Negara yang peace no war. Alhamdulillah..

5. Bersyukurlah kita kerana kita masih punya keluarga, ada ibu bapa yang menyayangi kita sepenuh jiwa raga diorang.

6. Bersyukurlah kita kerana kita masih boleh belajar dan menuntut ilmu.

7. Bersyukurlah kita kerana kita dapat belajar ilmu agama tanpa halangan daripada sesiapa.

8. Bersyukurlah kerana kita adalah kita.



BERSYUKURLAH KITA KEPADA ALLAH S.W.T. ATAS NIKMAT YANG TELAH DIKURNIAKAN-NYA KEPADA KITA, SAYANGI DAN HARGAILAH DIRI SENDIRI DAN ORANG-ORANG DISEKELING KITA.



Alhamdulillah..
All praises to Allah..
Terima Kasih Wahai Tuhanku..

Friday, 28 October 2011

Hah!! Kau Tiru Aku!

Salam to you, readers..

Tiru, peniru, ditiru, dan peniruan. Memang selalu diwujudkan oleh manusia. Cetak rompak pun dikategorikan sebagai satu peniruan gak. Tapi kat sini aku nak mengkecikkan skop TIRU tu dalam kalangan budak sekolah cam aku. Selalu time2 exam, mesti pengawas peksa atau cikgu yang jaga peperiksaan tu kata, "sila jaga peraturan semasa peperiksaan. Calon-calon tidak dibenarkan meniru, sesiapa yang terbawa nota atau sengaja membawa, sila letak di luar (luar dewan) sekarang." Or lebih kurang macam tu lah ayat dia.


Tapi kan, yang memusykilkan aku kenapa la ada gak hamba Allah yang tak faham bahasa or buat-buat tak reti dengan pesanan ikhlas daripada pengawas peperiksaan tu. Mana-mana sekolah la, macam dah jadi satu benda wajib atau trend lak.


Aku nak tanya, agak-agak korang la, kenapa ada golongan peniru? Diorang nak tipu sape sebenarnya? Dah jelas, terang lagi bersuluh yang diorang tu hanya menipu diri sendiri. Ye la, pasal dia tak nak mengaku kelemahan diri dia sendiri. Jadi sampai bila-bila pun dia takkan ada peluang untuk improve kan diri dia. So camne?


Dan yang lebih menggelisahkan dan menakutkan jiwa ialah PENIRUAN MENJURUS KEPADA REZEKI YANG HARAM. Korang setuju tak dengan quote aku tadi? Ok, tengok ni..


Meniru kawan sebelah time SPM > Masuk U dengan sijil hasil meniru > ilmu yang diterima tak berkat > Dekat U, meniru lagi > Dapat keputusan yang gempak HASIL tiru > Apply mintak kerja > Dapat kerja baguih sebab result U gempak > Kerja.. > dapat gaji > Duit gaji tu adalah HARAM > guna duit gaji untuk beli makanan, baju, and keperluan hidupan yang lain.. > makanan yang masuk dalam perut tu adalah HARAM.


tengok flow dia.. semua tu bemula dari peniruan. tak takut ke??


1. Sabda Rasulullah S.A.W. :
   [Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya].

   (Hadis riwayat Al-Tarmizi)



2. Sabda Rasulullah S.A.W. :
    [Kemudian ia menyambutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, yang kusut masai rambutnya, lagi     berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Hai Tuhanku, hai Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram pula, maka bagaimanakah mungkin itu diperkenankan baginya?]

(Hadis riwayat Muslim)



AWAS!

MENIRU=MENCURI


Biar la kita mendapat hasil atas usaha kita, bukan atas usaha orang lain atau dengan 'alternatif' lain.




waa.. awak ni baik la. saaayang awak. pasni kita belanja awak makan ek..


hoi! jangan tiru! aku cocok bijik mata hang kang!
(p/s: jangan tiru aksi diatas)

Kalau dah desperate sangat, nak meniru gak, tirulah mende yang baik-baik je. Contohnya meniru sunnah-sunnah nabi. Err.. yang tu tak dikategorikan sebagai mencuri ek? Malah berpahala.. Tak gitu?


Sempena 1 Zulhijjah..


Nasyid asal : Raihan - Haji Menuju Allah
Tapi yang ni didendangkan oleh IM Mujahid and IM Ali

Best~
Semoga para tetamu Allah berada dibawah lindungan-Nya di sana..

Wednesday, 12 October 2011

Ilmu VS Harta

Bismillahirrahmanirrahiim..
Salam, hari ni aku nak share sikit lah pasal perbezaan harta dan ilmu. Sila baca wokey..

TAPI SEBELUM ITU..!!

WARNING!!
Semua ini hanyalah cetusan minda daripada orang yang sedang memerhati gelagat dunia,
Tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia,
Hanya ingin mengongsikan sedikit peringatan bersama,
Sebagai peringatan kepada yang lupa, termasuk si penulisnya..

1. Ilmu tak terhad tapi harta terhad..

2. Bila kita berilmu, secara otomatiknye kita akan ter'lindung', tapi bila kita berharta, secara otomatiknya kita  la yang menjadi pelindung.

3. Ilmu lebih sukar dicari daripada harta, kerana pencarian harta turut memerlukan ilmu, menyebabkan ilmu  lebih berharga daripada harta.

4. Ilmu tak akan habis dalam diri seseorang kecuali bila orang tu sendiri yang membuangnya, tapi harta akan  tetap habis walaupun seseorang tu berjimat-cermat tahap hyper.

5. Ilmu takkan menimbulkan pergaduhan dikalangan manusia sekalipun ia diwarisi, tapi kalau harta, cerah  masa depan untuk timbul pergaduhan bila diwariskan terutama sekali dalam kalangan adik-beradik. Macam2 boleh jadi..

6. Manusia lebih cenderung berkongsi ilmu daripada berkongsi harta, ye dak?

7. Ilmu boleh memberi manfaat yang lebih banyak daripada harta. Oleh sebab itu..

8. Ilmu lebih baik daripada harta.

9. Harta akan habis bila digunakan dan dibelanjakan sedangkan ilmu akan bertambah apabila diamal dan  digunakan.

Saidina Ali berkata lagi : ..."Tiadalah kebanggaan yang sebenar melainkan bagi orang-orang yang berilmu kerana mereka sentiasa berada di atas jalan hidayah, mereka menunjukan jalan hidayah kepada orang-orang yang memintanya. Memadailah ukuran bagi setiap seseorang itu kebaikan yang dilakukan sedangkan orang yang jahil tetap memusuhi orang-orang berilmu. Maka rebutlah kesempatan menunut ilmu supaya kamu dapat hidup selamanya kerana hakikatnya manusia semuanya mati sedangkan ahli-ahli ilmu akan terus hidup." 

Sekian sahaja daripada saya yang tak seberapa ni.. mohon ditambah sekiranya ada lagi..
Kalau ada, sila ke ruangan pengomen yeh...
Thanks!!

Monday, 10 October 2011

Exam Mode!!

salam.. moga berada dalam keadaan yang harmoni sentiasa, amin..

21/10 ni tarikh keramat untuk bebudak form 4 sekolah aku yang terchenta iaitu SMAKT. Kenapa? SMA start hari tu la weih..10 hari.. Kagum tak? kagum tak? haha.. SMA does not stand for Sekolah Menengah Agama,ok? It's mean Sijil Menengah Agama. Waduh.. keketaran melanda. Apa-apa pun, nak share sikit mende yang ustaz sekolah aku nasihat kat budak kelas aku hari tu.

Katanya berdasarkan pemahaman aku, exam yang melibatkan hafalan ni berat sikit. Hati dan jiwa kena bersih. Kot2 la pernah buat jahat kat orang lain dan orang tu langsung tak meredhai, habis laa.. Bila hati kotor mesti la payah pelajaran nak masuk. Inikan pulak nak ngadap SMA yang banyak giler hafazan. Aku pun pikir gak, Allah..aku ni dah la pernah mengumpat orang, maybe pernah gak buat jahat kat orang lain.. Aku tak nak semua benda tu jadi penghalang penerimaan ilmu bagi aku.

Time exam, tak kisah la exam apa, exam memandu ke, exam yang melibatkan hafalan ke, bertulis ke, exam kursus perkahwinan ke, ibarat cam kita ni dalam kubur. Kalau susah, susah la sorang2. Tak ada sape yang boleh tolong kita masa tu kecuali Allah. Kalau hati tu dah kotor, agaknya susah sikit la kan nak dapatkan pertolongan tu?

Apa2 pun kat sini aku nak minta maaf kat korang atas kesalahan aku yang mungkin disengajakan atau tidak disengajakan. Bersihkan hati cepat2, moga dipermudahkan oleh Allah di saat menghadapi kesusahan.. (especially dalam exam yang makin menampakkan diri dia ni)
Amiin..

SMA mode, ON!! (patut on dah lama dah.. suis kat kepala hotak aku ni rosak gamaknye..)
Sebelum kelupaan, jangan lupa SMA also stands for Semua Mumtaz Arr..
Insya-Allah..