Bismillahirrahmanirrahiim..
Salam, hari ni aku nak share sikit lah pasal perbezaan harta dan ilmu. Sila baca wokey..
TAPI SEBELUM ITU..!!
WARNING!!
Semua ini hanyalah cetusan minda daripada orang yang sedang memerhati gelagat dunia,
Tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia,
Hanya ingin mengongsikan sedikit peringatan bersama,
Sebagai peringatan kepada yang lupa, termasuk si penulisnya..
1. Ilmu tak terhad tapi harta terhad..
2. Bila kita berilmu, secara otomatiknye kita akan ter'lindung', tapi bila kita berharta, secara otomatiknya kita la yang menjadi pelindung.
3. Ilmu lebih sukar dicari daripada harta, kerana pencarian harta turut memerlukan ilmu, menyebabkan ilmu lebih berharga daripada harta.
4. Ilmu tak akan habis dalam diri seseorang kecuali bila orang tu sendiri yang membuangnya, tapi harta akan tetap habis walaupun seseorang tu berjimat-cermat tahap hyper.
5. Ilmu takkan menimbulkan pergaduhan dikalangan manusia sekalipun ia diwarisi, tapi kalau harta, cerah masa depan untuk timbul pergaduhan bila diwariskan terutama sekali dalam kalangan adik-beradik. Macam2 boleh jadi..
6. Manusia lebih cenderung berkongsi ilmu daripada berkongsi harta, ye dak?
7. Ilmu boleh memberi manfaat yang lebih banyak daripada harta. Oleh sebab itu..
8. Ilmu lebih baik daripada harta.
9. Harta akan habis bila digunakan dan dibelanjakan sedangkan ilmu akan bertambah apabila diamal dan digunakan.
Saidina Ali berkata lagi : ..."Tiadalah kebanggaan yang sebenar melainkan bagi orang-orang yang berilmu kerana mereka sentiasa berada di atas jalan hidayah, mereka menunjukan jalan hidayah kepada orang-orang yang memintanya. Memadailah ukuran bagi setiap seseorang itu kebaikan yang dilakukan sedangkan orang yang jahil tetap memusuhi orang-orang berilmu. Maka rebutlah kesempatan menunut ilmu supaya kamu dapat hidup selamanya kerana hakikatnya manusia semuanya mati sedangkan ahli-ahli ilmu akan terus hidup."
Sekian sahaja daripada saya yang tak seberapa ni.. mohon ditambah sekiranya ada lagi..
Kalau ada, sila ke ruangan pengomen yeh...
Thanks!!
0 comments:
Post a Comment